MANAGE PROFILE
MANAGE ADMINS
Home / Manage Announcements / Edit
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN DAN PEMILIHAN JAWATANKUASA PERSATUAN FISIOTERAPI MALAYSIA 2021-2023
Dengan sukacitanya perkara diatas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman, Persatuan Fisioterapi Malaysia akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dan Pemilihan Jawatankuasa Persatuan bagi penggal 2021-2023. Berikut adalah maklumat mesyuarat tersebut:
Tarikh: 12 September 2021. Waktu: 2 - 6 petang.Platform: Zoom.
3. Sehubungan itu, dilampirkan notis panggilan mesyuarat dan borang pencalonan jawatankuasa Persatuan Fisioterapi Malaysia bagi penggal 2021-2023.
4. Setiap calon perlu:
4.1) Muat turun borang pencalonan
4.2) Mencalonkan diri sendiri untuk bertanding mana-mana jawatan yang dipertandingkan dan disokong oleh seorang ahli Persatuan Fisioterapi Malaysia.
4.3) Memastikan mencukupi syarat sebagai calon.
4.4) Melengkapkan borang pencalonan dan menanda maksimum 2 jawatan yang ingin calon bertanding.
4.5) Menghantar borang pencalonan dan dokumen sokongan selewat-lewatnyanya pada 31 Ogos 2021 di alamat: mpa.secretariat2020@gmail.com
5) Dilampirkan dokumen seperti berikut:5.1 Minit mesyuarat AGM ke 57 (2020).5.2 Laporan Audit MPA 2020.5.3 Usul pergabungan persatuan fisioterapi negeri sebagai ahli bersekutu Persatuan Fisioterapi Malaysia.
6. Pendaftaran untuk menghadiri mesyuarat boleh di capai di laman https://www.mpa.net.my/event_register.php?eventTabID=5®isteredAs=Member
Sekian, terima kasih
DR MOHD HAIDZIR ABD MANAFPresidenPersatuan Fisioterapi Malaysia